Followers

Saturday, March 30, 2013

Perihal Sirat Mustaqim


Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian
Sirat sepantas kilat.

2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian
Sirat seperti tiupan angin.

3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian
Sirat seperti burung terbang.

4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian
Sirat seperti kelajuan kuda lumba.

5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian
Sirat sepantas lelaki perkasa.

6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian
Sirat sepantas binatang peliharaan.

7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian
Sirat dalam tempoh sehari semalam.

8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian
Sirat selama satu bulan.

9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian
Sirat selama bertahun-tahun.

10)Ada golongan yang dapat melintasi
Titian Sirat selama 25 ribu tahun.semua
kiraan masa adalah mengikut kiraan masa
dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu :
‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di
kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat
menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.” Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri pokok Sa’dan, namun
hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari
pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya.
Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan
kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada
Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada
pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang
memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai
ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang
bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan
ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat
di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-
lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin
keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu
antara lain ialah :
Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH
akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka
ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

KREDIT TO Dr.Amirul Amin

** Pls SHARE.. ;)


Thank You For Coming ^______^

Thursday, March 14, 2013

TVQX childhood & now

U-Know oppa look cute when he was still a kid! Max oppa too!
Kyaa~~!!!

cute cute cute ㄟ(≧◇≦)ㄏ


Thank You For Coming ^______^

Jom tutup aurat #for girl

Yang tertutup lagi menyejukkan dan juga terhindar daripada panas api neraka..
∩__∩

P/s: aurat bukan utk wanita shj, lelaki pun ada auratnya .... boys must be alert too about this...

(*¯︶¯*)


Thank You For Coming ^______^